Welcome 2 My Small World

All Bout Me....Just Me...My Self

Wednesday, November 3, 2010

Renungan bersama....Ketahui Halloween sebelum menyambutnya

Halloween dirayakan masyarakat Kristian terutama di Amerika Syarikat dan negara Amerika Latin pada 31 Oktober setiap tahun.
Kanak-kanak akan ke rumah jiran meminta makanan seperti coklat dan epal dengan memakai kastum hantu. Tradisi ini berasal dari Irlandia yang kemudian dibawa mereka ke Amerika Utara.
Halloween berasal dari festival Samhain (dari bahasa Irlandia Kuno Samain) yang dirayakan puak Kelt zaman kuno. Bangsa Gael kuno percaya tanggal 31 Oktober, dunia orang mati akan menjadi terbuka. Orang mati membahayakan orang hidup dengan membawa penyakit dan merosak hasil tanaman.
Sewaktu merayakan festival itu, orang Gael menyalakan api unggun untuk membakar tulang dari haiwan yang disembelih. Mereka mengenakan kostum dan topeng sebagai arwah jahat.
Perkataan Halloween pula berasal dari All Hallows Eve(malam menyucikan), kerana keesokan harinya adalah hari peringatan untuk menghormati orang suci.

No comments:

Post a Comment