Welcome 2 My Small World

All Bout Me....Just Me...My Self

Wednesday, March 30, 2011

hurmmm

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

terima kasih!

Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,& adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA... Bersyukur pada orang yang MENYAKITIMU, kerana dia yang MENABAHKAN kamu... Bersyukur pada orang yang tak MENGENDAHKAN kamu, kerana dia yang memupukmu BERDIKARI... Bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu, kerana dia orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuanmu... Bersyukur pada orang yang MENYIKSAmu, kerana dia yang menguji KESABARAN & KETABAHAN kamu..

Monday, March 28, 2011

subhanallah

mungkin kerana kita leka..sekali prnah t'lepas dari ggman ucapn 'Oops' mdahului YA ALLAH,bila perut kenyang 'ha....kenyangnya' mgatasi ALHAMDULILLAH,bila diri terpegun oleh k'indahan alam SUBHANALLAH tertutup oleh 'cantiknnya',bila dikunjungi brita malang 'kasihannya' terucap kerana kita lupa INNALILAHIWAINNAILAIHIRAJIUN..kdangkala kita lupa kerana t'biasa..tapi ingtlah bila izrail mndekati kita biarlah LAILAHAILLAH mnjadi juara mgatasi segala kata..

renungan + doa

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.... Setiap Perbuatan Pasti Ada Balasan nya.. Aminn...

Sunday, March 27, 2011

Doa dari Al-Quran

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku untuk tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesun...gguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepadaMu.

Hebat

Daripada perasan HEBAT lebih baiklah jadi betul-betul HEBAT, Daripada sorang-sorang saja HEBAT lebih baik mengHEBATkan suatu bangsa atau negara,Daripada mendabik dada diri sudah HEBAT lebih baiklah mengaku Allah itu Maha HEBAT yang mengHEBATkan siapa jua yang Dia kehendaki dan menjatuhkan siapa jua yang Dia kehendaki...

Friday, March 25, 2011

Kata-Kata

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada ...manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Thursday, March 24, 2011

~Renungan~

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama.Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan......orang-orang sekeliling menjadi negatif jugamembuat situasi-situasi pada saat kita berada tuk menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung,tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan

Wednesday, March 23, 2011

~~Laskar Pelangi~~

ok...sblm tdo smpat layan laskar pelangi since ramai ckp movee nie best....lama jgak nak tgk movee nie tp x brkesempatan lg...so mlm nie layan la...mula2 rasa mcm buhsan skit...tp lama2 ok...best plak...makin lama makin layan...laskar pelangi ni mgajar sesuatu tentang dunia pendidikan...kepada sape2 yg x tgk lg better la tgk cuz dgr x lama lg nak d pentas kan d IB...laskar pelangi the musical...mesti best...!!"kalu nak pintar kena belajar...kalu nak hasil kena usaha!"
Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Reff:
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Back to Reff (2x)

Laskar pelangi takkan terikat waktu

Tuesday, March 22, 2011

happy....@>--------

alhamdullilah...im sooo happy...yup...im new...happy cuz dh dpt blk kehidupan aku yg selama nie ntah kt mn2 ntah..."sesat" mungkin...thks kpd kwn2 n family yg slalu beri semangat dan kekuatan tuk aku meneruskan kehidupan ini...wpun happy...Allah x kan aku lupe kan...kerana Allah juga la aku nmpk jln yg harus aku tujui skrunk...Alhamdullilah...berkat doa yg x pernah putus2(btul kata org lama jgn putus2 brdoa 1000 kali kite brdoa pasti 1 akn d makbulkan tmbhan kalu kite d aniaya)...nasihat dan motivasi serta dorongan org2 yg trsyg btkan aku happy sgt...ntah x pernah rasa mcm nie...aman jer...now i know mn yg baik dan mn yg x baik tuk diri ini...skrunk nie makin selesa nak discuss ape sajer problem with my mom...rmai jgak yg tgur im soo ceria...yup 2 la sy skrunk...hopefully happy n kebahagian sy nie tdk smpai d sini sahaja...akn berterusan smpai bile2 brsama2 ngan org2 yg d sayangi dan menyayangi diri ini dgn penuh keikhlasan....thks all...jasa anda akn d kenang smpai bile2...muahhh!!!

p/s:knape ade yg x boleh nak tgk org lain bahagia...??

Monday, March 21, 2011

mom-to-be

ok...ooppss jgn salah phm...bkn aku yg nak mom-to-be tp kwn2 aku...huhuhuhu!ok rmai nmpknyer kwn2 aku yg akn meletup thn nie...wahhh best2 congrats...most of them akn meletup sekitar bln pose raya n after raya...huhuhu...planning baik punyer...tumpang happy...n dgr2 jgak ade seorg kwn yg br naik pelamin last mth dh ade "isi"...yer ker??...tp blm confirm lg...tau pun brite nie dr one of the gengs die...wahhh kalu positif...congratsss....!!brbaloi2...ahhaha!ok congrats jgak bt kwn2 yg br naik pelamin n yg akan naik pelamin...yg tgh cbuk bt preparation 2...jaga kshatan diri baik2...ok...take care!love u all...muah2!!

Friday, March 18, 2011

Renungan.....

Adab2 suami terhadap isteri...

1. mengajar dan mendidik ilmu fardhu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita.
2. Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat. Jika si isteri ingkar, maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam, dan jika masih tidak berubah, maka pukullah tetapi jgn smpai mencederakan isteri.
‎3. Bersabar dgn karenah isteri. Sabda Nabi s.a.w yg bermaksub: "Sesiapa bersabar di atas perangai buruk isterinya, dia di anugerah oleh Allah pahala seperti yg diberikan kpd Nabi Ayub dan sesiapa (isteri) bersabar di atas perangi buruk suaminya nescaya dia di anugerahkan oleh Allah pahala seperti Asiyah isteri kepada Firaun."..
‎4. Menegur dgn berhikmah jika ada perbuatan isteri menyalahi syariat.
5. Berlemah lembut dlm pergaulan dgn isteri.
6. Cemburu tidak keterlaluan. Tidak boleh cemburu dipengaruhi oleh emosi yg berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya sengketa.
‎7. Menjaga penampilan, kemas dan bersih. Ibn Abas berkata: "Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteri sebagaimana aku senang jika isteri berhias untukku."
8. Reda akan isterinya kerana itu akan memudahkannya untuk masuk syurga.. Wallahualam...

kredit to :(SOLUSI, ISU NO:29)